JUS DELIMA ORGANIK AL-RUMMAN
Info Produk : 314ML - RM55.00 / 1 liter - RM140.00 /
Promosi Produk : 2 botol 1 liter + FOC 310ML - RM245.00
Order - sms : 0199105222 / whatsaap : 0139299944 email: kelatedaily@gmail.com
MENGAPA DELIMA
Delima merupakan tanaman buah-buahan yang berasal dari Iran. Buahnya
bulat hampir sebesar limau, berkulit keras dan kemerahan. Isinya
berbiji-biji seperti Kristal.
Dalam sesetengah masyarakat, delima melambangkan kesuburan dan
panjang usia. Misalnya buah delima menjadi simbol kesuburan bagi
perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.
Orang Cina pula menyajikan buah delima sewaktu upacara perkahwinan
kerana ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di
dalam syurga yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia untuk dinikmati
dan sebagai penawar di atas dunia.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Rahman ayat 68 yang bermaksud:
Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-An’am ayat 99 yang bermaksud:
Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman. (Al-An’am : 99)
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-An’am ayat 141 yang bermaksud:
Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang bersusun dan kebun-kebun yang tidak bersusun, pokok kurma, tanaman-tanaman yang berlainan rasanya, pokok zaitun, dan pokok delima yang serupa atau yang tidak serupa. Makanlah buahnya jika telah berbuah dan bayarlah zakatnya di hari kalian memetiknya. Dan janganlah kalian melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas . (Al-An’am : 141)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut (Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Tidaklah buah delima yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima dari syurga (Diriwayatkan oleh Al-Dzabi)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Makanlah buah delima dengan isinya, kerana ia dapat mencuci penghadaman.(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)
Ada sejumlah atsar hadis tentang buah delima yang dinisbahkan kepada
Rasullah S.A.W atau kepada keluarga baginda. Sabda Nabi Muhammad S.A.W
yang Bermaksud:
Buah Delima adalah penghulu buah-buahan. Sesiapa yang makan buah delima, maka syaitan menjadi marah selama 40 hari kerana jika syaitan makan buah delima, maka dia tidak diikuti oleh seseorang.
Baginda bersabda:
Adam, buah kurma, buah anggur, dan buah delima diciptakan dari satu jenis tanah
Baginda bersabda:
Makanlah buah delima dengan kulitnya. Sesungguhnya kulitnya dapat membersihkan perut besar.Tidaklah sebutir biji buah delima berada di dalam perut seorang muslim, melainkan dia akan meneranginya dengan mengusir syaitan serta godaannya selama 40 hari
Imam Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah
delima sebagai tanda kehebatan Allah S.W.T. dimana ia terbentuk seperti
katung-katung kecil segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian
atasnya tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit
yang tebal mengelilingi buah delima tersebut.
Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa
mempunyai nilai kehebatan yang tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi
dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat
sampai kepada biji buah delima tersebut. Dari sari makanan itulah, buah
delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang
amat pahit. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi
untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut diliputi dengan
kulit keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas
daripada segala hama. Berikutan daripada kejadian ini menunjukkan kepada
kita bahawa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan
tersendiri.
KEBAIKAN DELIMA YANG PERLU ANDA TAHU
Delima digelar “super fruit” kerana mengandungi antioksida yang
tinggi, ia juga kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien
seperti riboflavin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Menurut
Dr.Ahmad Nabil Abu Khatwa, buah delima dapat mengurangi kolestrol dalam
darah dan dapat mengubati dan melindungi seseorang dari 200 jenis
penyakit.
Jus delima Al-Rumman membantu menyelesaikan masalah di bawah:
- Kolestrol Berlebihan
- Anemia / Leukemia
- Masalah Saraf & Otot-Otot
- Gout / Sakit Sendi / Atritis
- Resdung (Seduan)
- Pendarahan Gusi
- Radang Tekak @ Batuk
- Buasir (Pendarahan)
- Sistem Penghadaman / Gastrik
- Ibu-Ibu Mengandung / Bersalin
- Masalah Rahim / Peranakan
- Kurang Tenaga / Letih Lesu
- Masalah Kulit
- Berat Badan Berlebihan
- Nyanyuk / Pelupa
- Masalah Usus / Kecacingan
- Migraine / Sakit Kepala
- Mengawal HIV
- Stress / Kemurungan
- Jangkitan Pundi Kencing
- Jangkitan Virus / Bakteria
MENGAPA JUS DELIMA AL-RUMMAN
Dengan khasiat yang begitu banyak terkandung di dalam buah delima,
Syarikat YMR INTERNATIONAL MARKETING SDN BHD telah mengambil inisiatif
untuk memanfaatkan buah delima kepada masyarakat dalam bentuk jus. Jus
Delima Al-Rumman diperbuat daripada perahan buah delima organic yang
terpilih dan bukan daripada pati seperti kebanyakan produk lain yang
berada di pasaran. Jus ini juga bebas daripada bahan pengawet, bahan
tambahan, tambahan gula, penambahan air, tanpa pewarna, tanpa perisa dan
tanpa penstabil.
Jus Delima Al-Rumman ini dihasilkan dari buah delima organik yang
diperah berserta dengan kulitnya. Proses ini dipantau oleh USDA (United
States Department of Agriculture) yang merupakan satu badan dunia yang
mengawasi ladang-ladang organik. Ini kerana hanya buah delima yang di
tanam secara organic sahaja boleh diperah berserta dengan kulit. Kulit
delima banyak mengandungi khasiat sepertimana yang di sebut dalam hadis
Rasulullah S.A.W yang bermaksud,
Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut - [Diriwayatkanoleh Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni]
Dengan adanya jus delima Al-Rumman yang dikeluarkan oleh YMR
International Marketing Sdn Bhd. masyarakat boleh memanfaatkan khasiat
buah delima untuk mencegah dan mengubati pelbagai jenis penyakit. Jus
delima Al-Rumman merupakan jus delima yang terbaik kerana jus delima
Al-Rumman bebas daripada bahan pengawet, pewarna dan perasa tiruan. Ini
kerana Jus delima Al-Rumman ini dihasilkan menerusi proses penuaian buah
delima organik yang terpilih sehinggalah dibotolkan dengan proses ‘Hot
Filling’.
Semasa proses pembotolan, buah delima yang diperah sekali dengan
kulit dan dipanaskan sehingga 90°c bagi mematikan bakteria. Jus delima
yang telah diperah akan diisikan dalam keadaan botol bersuhu 90°c dan
ditutup dengan Safety Button Cap.
Selepas proses pembotolan, jus delima yang telah dibotolkan akan
dikuarantin selama 2 minggu. Selepas 2 minggu hanya jus delima yang elok
sahaja akan diambil untuk dilabelkan serta dipasarkan. Dengan teknologi
pemprosessan yang baik ini, dapat menambah keyakinan bahawa Jus delima
Al-Rumman boleh bertahan selama 2 tahun setelah dibotolkan walaupun
tanpa bahan pengawet.
Jus delima Al-Rumman juga mempunyai rasa yang berbeza setiap botol
kerana buah delima yang di perah akan terus dibotolkan tanpa perlu
disimpan didalam satu tangki yang besar. Rasa setiap botol jus Delima
Al-Rumman akan bergantung kepada keadaan buah semasa diperah. Jika buah
yang diperah semua masak ranum, jus delima Al-Rumman akan terasa manis,
jika buah delima yang diperah bercampur buah tidak cukup masak, jus
Delima Al-Rumman akan terasa sedikit masam.
Untuk menikmati kehebatan Jus delima Al-Rumman ini, ianya boleh
didapati di HQ atau mana-mana stokis yang berdekatan. Pembelian yang
dibuat di HQ akan diberikan penghantaran secara percuma dan sekiranya
berlaku jus pecah dalam tempoh penghantaran syarikat akan
bertanggungjawab.
KAJIAN-KAJIAN DAN BUKTI KEHEBATAN BUAH DELIMA
Antara kajian-kajian saintifik yang di jalankan oleh universiti
luarnegara untuk membuktikan kehebatan buah delima mengandungi banyak
khasiat adalah daripada Universiti of Califonia, Los Angeles yang dalam
kajiannya menyatakan bahawa antioksida dalam jus delima menduduki tempat
pertama dalam carta jus buah-buahan yang mengandungi antioksida. Jus
delima mengatasi jus anggur merah, jus blueberry, jus blackberry, jus
acaiberry, jus kranberi, jus oren, the dan jus epal.
Rujukan: http://www.health.com/health/article/0,,20410481,00.html
Rujukan: http://www.health.com/health/article/0,,20410481,00.html
Profesor Perubatan Dan Patologi Klinikal Di University Naples,Italy
yang bernama Claudio Napoli di dalam kajiannya, beliau telah menemui
yang pholyphenol dan sebatian-sebatian asli lain yang terkandung dalam
jus buah delima boleh melambatkan Atherogenesis (pengerasan salur
jantung). Beliau juga mengandaikan bahawa kesan-kesan perlindungan untuk
tubuh selepas meminum jus buah delima adalah lebih tinggi daripada
sebelumnya.
Rujukan:https://www.acufinder.com/Acupuncture+Information/Detail/Pomegranate+Juice+Fights+Heart+Disease,+Study+Says
Rujukan:https://www.acufinder.com/Acupuncture+Information/Detail/Pomegranate+Juice+Fights+Heart+Disease,+Study+Says
Di Universiti Queen Margaret, Edinburgh, Dr.Emad Al-Dujaili merupakan
Pensyarah Kanan Biokimia telah membuat kajian menunjukkan penggunaan
jus delima asli mempunyai satu potensi dalam mengurangkan tekanan darah
tinggi. Dalam satu kajian sukarelawan, kira-kira 70 % mereka yang
menggunakan separuh liter jus dalam masa 2 minggu (36ml/hari)
menunjukkan penurunan dalam tekanan darah tinggi mereka sebanyak 3-7Hg.
Rujukan: http://www.medicalnewstoday.com/releases/221961.php
Rujukan: http://www.medicalnewstoday.com/releases/221961.php
Pat Hagon, UK & World News telah mengemukan kajian menunjukkan 5
daripada 10 lelaki yang mempunyai masalah ereksi Berjaya diubati dengan
meminum jus delima berbanding 1 daripada 10 lelaki yang mengambil pil
Viagra atau Cialis.
Rujukan: http://www.dailyrecord.co.uk/news/uk-world-news/sex-lives-pepped-up-by-pomegranate-963710
Rujukan: http://www.dailyrecord.co.uk/news/uk-world-news/sex-lives-pepped-up-by-pomegranate-963710
Utusan Online dalam artikelnya menyatakan bahawa buah delima
mengandungi bahan oksidan(flavonoids) yang merangsang pengeluaran
elastin dan kologen sihat yang melindungi sel kulit daripada kerosakan
selular yang disebabkan oleh radikal bebas dan ia juga mengandungi
kandungan aktif yang merupakan agen pencerah kulit yang berkesan.
Rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0506&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm
Rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0506&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm
Dalam Web Rasmi Hospital Taiping menyebut dalam artikelnya bahawa
khasiat buah delima ini adalah baik untuk melindungi Jantung, menurunkan
kadar kolestrol, mencegah dan memperlambatkan penyakit Alzheimer,
mencantikan kulit dan baik untuk ibu mengandung.
Rujukan: http://htaiping.moh.gov.my/v4/index.php/using-joomla/extensions/components/content-component/article-categories/355-khasiat-buah-delima
Rujukan: http://htaiping.moh.gov.my/v4/index.php/using-joomla/extensions/components/content-component/article-categories/355-khasiat-buah-delima
Dalam website detikhealth menyatakan didalam artikelnya bahawa
antioksidan yang paling banyak terdapat dalam buah delima ialah
polyphenol dan dilengkapi dengan vitamin A,C dan E serta asid folik yang
penting pada awal kehamilan.Ia juga mengandungi zat anti inflammatory,
isoflavon yang dapat membunuh kanser. Serta mencegah penyumbatan salur
darah yang disebabkan oleh kolestrol tidak baik iaitu LDL.
Rujukan: http://health.detik.com/read/2009/06/23/150357/1152670/766/buah-pome-si-antioksidan-baru
Rujukan: http://health.detik.com/read/2009/06/23/150357/1152670/766/buah-pome-si-antioksidan-baru
Dr David Lewis, Pengarah Neurosains Mindlabs Universiti Sussex, UK
menyatakan dalam kajiannya bahawa lelaki yang meminum jus delima akan
meningkatkan kesan rangsangan yang lebih tinggi berbanding dengan jus
lain. Selain itu, jus delima ini terbukti lebih berkesan terhadap lelaki
berbanding wanita.
Rujukan: http://www.express.co.uk/news/weird/73181/Juice-that-gives-men-sex-boost
Rujukan: http://www.express.co.uk/news/weird/73181/Juice-that-gives-men-sex-boost
Dalam web site National Geografic New menyatakan kajian daripada
Claudia Napoli, University of Naples Italy, menunjukkan bahawa
antioksida dalam jus delima boleh melambatkan atherogenesis dan penyakit
yang berkaitan seperti penyakit jantung dan strok/angin ahmar.
Rujukan: http://news.nationalgeographic.com/news/2005/03/0322_050322_pomegranates.html
Rujukan: http://news.nationalgeographic.com/news/2005/03/0322_050322_pomegranates.html
Lloyd de Vries, CBSNEWS – Dalam artikelnya menunjukkan bahan
semulajadi yang terdapat dalam buah delima yang dipanggil antioksida
dapat membantu mengurangkan sakit sendi atau arthritis. Ekstrak buah
delima dapat mengekang tahap keradangan yang dipanggil interleukin-1b
(1L-1b) dan juga membendung enzim yang menghakis rawan.
Rujukan: http://www.cbsnews.com/2100-500368_162-830305.html
Rujukan: http://www.cbsnews.com/2100-500368_162-830305.html
Professor Naughton, Kingston University London – Kulit buah delima
boleh dijadikan salap untuk melawan bacteria yang tidak bertindak balas
terhadap antibiotic seperti penyakit MRSA. Ia adalah satu kejayaan yang
besar dalam mencipta ubat berasaskan tumbuhan yang memungkinkan pesakit
kurang mengalami kesan tambahan yang lain.
Rujukan : http://www.kingston.ac.uk/news/article/67/16-dec-2009-pomegranates-the-latest-weapon-in-the-fight-against-mrsa/
Rujukan : http://www.kingston.ac.uk/news/article/67/16-dec-2009-pomegranates-the-latest-weapon-in-the-fight-against-mrsa/
KETERANGAN PRODUK
Jus Delima organik Al-Rumman diperbuat daripada perahan buah delima
organik yang terpilih dan bukan daripada pati seperti kebanyakkan produk
lain yang terdapat dipasaran. Sijil Organik juga telah dikeluarkan oleh
USDA (United States Department of Agriculture) keatas produk jus delima
Al-Rumman dan mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pertanian
Malaysia.
Jus ini juga bebas daripada bahan pengawet, bahan tambahan, tambahan
gula, penambahan air, tanpa pewarna, tanpa perisa dan tanpa penstabil.
Jus delima Al-Rumman juga telah dikelaskan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia sebagai makanan atau minuman. Jus delima Al-Rumman ini juga
telah mendapat pengiktirafan Halal daripada KAS cert International
(Turki) yang mana salah satu badan Halal diiktiraf oleh JAKIM. Dengan
adanya sijil-sijil ini, pengguna tidak perlu risau tentang keselamatan
untuk menggunakan produk ini.
Jus Delima organik Al-Rumman didatangkan dalam 2 isipadu iaitu 1
liter dan 314ml. Pengguna hanya perlu mengikut sukatan yang disyorkan
untuk melihat keberkesanannya.
Harga yang ditawarkan oleh produk kami ternyata berbaloi jika
dibandingkan dengan khasiat yang anda akan perolehi dari amalan meminum
jus delima Al-Rumman
No comments:
Post a Comment