Assalamualaikum w.b.t
Kebelakangan ini Iman Khalish kerap sembelit, kadang-kadang sehingga 2-3
hari. Risau dengan keadaan ini, takut-takut luka teruk sekiranya Iman
struggle meneran. Pernah satu ketika, najisnya bercampur sedikit darah
dan Iman seakan trauma jika hendak membuang air besar. Duduk di sudut
terpencil, marah jika diganggu sebab cuba konsentrasi untuk melawan
sembelit. Kesian anak umi.
Puas saya memberinya pisang, prune dan buah-buahan lain, namun masih
tidak berhasil dan saya terpaksa menggunakan pump (seperti belon boleh
dapat di farmasi) sebagai langkah terakhir. Saya yakin pengunaan pump
ini memang memberi hasil yang segera, tetapi kesan panjang pula mungkin
boleh menyebabkan otot usus Iman malas untuk bekerja sendiri.
Alhamdulillah, akhirnya saya menemui penawar yang paling berkesan untuk
sembelit. Minyak Zaitun!. Ya, mungkin ramai yang ragu-ragu mengenai
kesannya begitu juga saya pada awalnya. Saya harus berterima kasih
kepada Kak Lang (sis in law) sebab memberi saya satu ilmu yang baru.
Sewaktu pulang bercuti di kampung sempena Maulidur Rasul, Iman sekali
lagi mengalami masalah sembelit. Sudah 3 hari tidak membuang air besar
dan perutnya tampak sedikit keras. Lalu saya diajar untuk memberi sesudu
minyak Zaitun (kebetulan baru beli untuk masak spaghetti huhu).
Keesokan harinya, Iman dapat membuang dengan mudah. Syukur! Bayangkan
hasil yang keluar selepas tersimpan selama 3 hari, memang baunya satu
rumah boleh hidu haha...saya mula membuat rujukan mengenai khasiat
minyak Zaitun ini, wah memang selama ini saya TIDAK tahu bahawa
Rasulullah sendiri pernah bersabda diriwayatkan daripada Ibnu Umar
r.a supaya "Minumlah minyak Zaitun dan berminyak dengannya kerana
sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati". Di dalam riwayat lain
turut menjelaskan bahawa Rasulullah juga pernah bersabda "Barangsiapa
mengosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan
mendekatinya"
Even di dalam Al-Quran ada juga menyebut mengenai keistimewaan minyak Zaitun, surah An-Nur ayat 35. Allah
cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah
lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu
di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti
mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, yakni
pohon ZAITUN yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di
sebelah baratnya, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak
disentuh api. Cahaya di atas cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing
kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat
perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala
sesuatu.
Hebatnya ciptaan
ALLAH, jujurnya telah 30 tahun saya hidup, tetapi saya sendiri TIDAK
mengkaji mengenai keistimewaannya dan TIDAK pernah cuba untuk ambil tahu
hinggalah ALLAH uji anak saya dengan kesukaran untuk membuang air
besar, barulah saya nampak hikmahnya. Ya, sekarang ini setiap hari saya
akan memberi Iman Khalish sesudu minyak Zaitun dan alhamdulillah setiap
hari jugalah Iman akan membuang. Begitu juga saya dan suami, turut
mengamalkannya. InsyALLAH selain baik sebagai pelawas, ia juga baik
untuk mengurangkan kolesterol, mencantikkan kulit (kerna mengandungi
Vitamin E), kalau hendak hilangkan parut pun boleh dan ia juga boleh
mengurangkan risiko mendapat kanser. InsyALLAH kita hanya berusaha,
menggunakan segala hikmah dan keistimewaan yang telah diturunkan oleh
pencipta. Moga ALAH bantu. .
Ok, moga
perkongsian ini boleh membantu reader-reader di luar sana. Jom kita
amalkan penggunaan minyak Zaitun dalam kehidupan samada sebagai minyak
masak atau minuman. Mudah untuk diperolehi walaupun harganya sedikit
mahal tetapi ianya selamat digunakan berbanding produk-produk kecantikan
lain yang belum tentu selamat kandungan bahan kimianya.

No comments:
Post a Comment